Sunday, 6 August 2017

KAEDAH PENCEGAHAN CAS ELEKTROSTATIK

KAEDAH PENCEGAHAN CAS ELEKTROSTATIK
Kaedah terbaik untuk mencegah ESD adalah dengan menggunakan ESD tali pergelangan tangan , pembumian tikar , atau pembumian meja kerja. Contoh lain seperti beg antistatik, penyembur antistatik dan lantai antistatik.

ESD TALI PERGELANGAN TANGAN
Juga di sebut tali antistatic, ia adalah gelang yang dipakai dipergelangan tangan yang mempunyai wayar yang bersambung antara gelang dan klip untuk dikepilkan pada computer.
ia memastikan pengguna sentiasa dibumikan bagi mengelakkan cas elektrostatik yang ada terkena pada peranti yang sensitif dan boleh merosakkan peranti terbabit.

ESD PEMBUMIAN TIKAR/MAT
Juga dikenali sebagai tikar antistatic, tikar meja atau tikar lantai berfungsi mengurangkan risiko terkena renjatan cas elektrostatik semasa bekerja pada computer atau peranti yang sensitif dengan cas elektrostatik.

BEG ANTISTATIK
Antistatik beg merupakan sejenis beg khas yang dihasilkan bagi mengelakkan kehadiran cas elektrostatik didalamnya.
Digunakan untuk meletakkan peranti yang sensitif dan mudah rosak akibat kewujudan cas elektrostatik.

SEMBURAN ANTISTATIK
Penyembur antistatic adalah sejenis penyembur cecair yang digunakan untuk menghilangkan cas elektrostatik dan menghalang dari cas tersebut terhasil.
Hanya sebahagian perkakasan sahaja yang boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment