Elektrostatik ialah kajian tentang cas-cas elektrik yang statik. Statik bermaksud tidak bergerak. Cas terdiri daripada cas positif dan cas negatif.
Cas ini boleh dihasilkan dengan menggosokkan dua bahan berbeza yang menyebabkan satu bercas positif dan satu lagi bercas negatif.
Cas-cas ini dapat dikesan dengan menggunakan ELEKTROSKOP.
Cas ini boleh dihasilkan dengan menggosokkan dua bahan berbeza yang menyebabkan satu bercas positif dan satu lagi bercas negatif.
Cas-cas ini dapat dikesan dengan menggunakan ELEKTROSKOP.
Penggunaan Elektroskop
1. Bahan yang nak diuji didekatkan dengan ceper logam yang neutral
2. Jika kerajang mencapah, bermaksud bahan tersebut mempunyai cas.
3. Jika tidak mencapah, bermaksud bahan tersebut neutral.
Ciri-ciri Daya Elektrostatik
1. Cas yang sama akan MENOLAK antara satu sama lain
2. Cas yang berbeza akan MENARIK antara satu dengan yang lain.
Fenomena Harian Yang Berkaitan Dengan Cas Elektrik Statik
1. Kilat
Geseran antara awan dan udara menyebabkan cas positif berada di atas, dan cas negatif berada di bawah awan. Apabila awan bergerak mendekati bumi yang bercas positif, satu tarikan akan wujud antara cas-cas ini.
Daya elektrostatik yang kuat menyebabkan cas tersebut bergerak ke arah satu sama lain. Pergerakan yang pantas akan membebaskan banyak tenaga dalam bentuk kelipan cahaya, yang dikenali sebagai KILAT.
2. Lori dan Rantai
Geseran antara lori dan udara akan menghasilkan cas. Cas ini terkumpul di bahagian badan tangki, dan boleh menyebabkan percikan api. Ini tentu akan menyebabkan letupan.
Bagi mengurangkan cas elektrik pada tangki, satu rantai logam digantung bagi tujuan mengalirkan cas-cas elektrik tadi ke permukaan bumi.
No comments:
Post a Comment