Sunday, 6 August 2017

JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG SERING BERLAKU SEMASA MELAKUKAN PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER

JENIS-JENIS KEMALANGAN YANG SERING BERLAKU SEMASA MELAKUKAN PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
KEJUTAN ELEKTRIK
Renjatan elektrik berlaku apabila seseorang tersentuh/terdedah kepada punca elektrik.
Arus elektrik yang melalui tubuh badan (badan manusia adalah pengalir elektrik) berpotensi menyebabkan individu itu mengalami kecederaan pada bahagian yang tersentuh (thermal burns), berlakunya kecederaan dalaman pada otot atau organ dan gangguan pada degupan jantung yang boleh mengakibatkan renjatan (cardiogenic shock).
LANGKAH KESELAMATAN
Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.
Buang wayar hidup(tutup) apabila membantu pesakit yang terkena kejutan elektrik.
Gunakan kasut getah.
Tidak memasukkan sebarang bahan logam ke dalam palam suis.

LANGKAH KESELAMATAN
Memastikan soket suis selamat sebelum di gunakan.
Pisahkan peralatan lain yang bersambung dengan peralatan yang sedang dibaiki.
Putuskan punca bekalan tenaga elektrik sebelum melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa


KEBAKARAN ELEKTRIK
Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
Lebihan beban aliran kuasa
Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.

LANGKAH KESELAMATAN
Alat/bahan mudah terbakar tidak dibawa ke makmal.
Amal matikan suis elektrik apabila selesai menggunakannya.
Tidak menyalahgunakan alat pemadam kebakaran.
Laporkan kepada pihak bertanggungjawab jika ada kerosakan pada  alatan elektrik/disalahgunakan.

PERHATIAN!
Pelajar hanya dibenarkan masuk ke dalam makmal dengan mendapat keizinan atau pengetahuan daripada pensyarah.
Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk ‘pendrive’ persendirian tanpa mendapat kebenaran pensyarah.
Jika berlaku sebarang masalah dengan komputer, laporkan segera kepada guru.

KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN
Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer
Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.

KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN
Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun.
Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada pembantu makmal atau pensyarah.
Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk.

No comments:

Post a Comment